Friday, September 28, 2007

Buah Naga dari seberang

Sejak akhir2 ni fenomena Buah Naga aku lihat semakin berleluasa di Malaysia. Dari Kluang ke Pontian hatta di tampin dan Bahau pun rata-rata tanaman kelapa sawit dah diganti dengan buah naga. Frankly, im not too favor with this dragon fruit because of the taste. Tak ada rasa maa, dan most of them ada rase masam. but i do believe that this dragon fruit means a lot to the chinese...maybe because of the red color. Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan kandungan vitamin C yang tinggi(menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat). Dek kerana kandungan Vitamin C yang tinggi itu, rumah aku sekarang ni tengah mencuba formula kosmetik terbaru yang menjadikan buah naga sebagai mask. Fenomena pelik di rumah aku ni aku sedari semenjak 2 hari lepas bila akak aku dan anak buah aku kelihatan "merah" selepas bersahur. sekali tengok macam baru balik upacara keagamaan, tapi rupanya tengah pakai mask buah naga. Merujuk kepada kata2 akak aku (seorang doktor kulit), beliau percaya buah naga boleh dicuba sebagai satu lagi kosmetik untuk kecantikan. macam mana nak sediakan? mudah je...langkah2 nya seperti berikut: Note: Aksi yang bakal anda lakukan adalah extremely dangerous, sebarang kecelakaan yang menimpa tidak akan ditanggung. 1.Ambil sebiji buah naga, asing kan isi naga dari kulit naga. 2.potong isi buah naga kepada beberapa bahagian yang kecil 3. lenyek2 kan isi buah naga tersebut dengan sudu, atau anak batu lesung sehingga jadi lunyai. macam dalam gambar pinggan hijau ni. 4.Bahan boleh gak dicampurkan dengan Yogurt untuk menambahkan lagi khasiat. 5.Bila dah siap, sapu lah kat muka korang dan bila macam dah kering boleh la basuh kat sinki berhampiran. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila email aku.Selamat mencuba!.

Tags:, ,

0 comments: